Pada
era pascamerdeka ini, kes jenayah dan penculikan kanak-kanak semakin
menjadi-jadi sehingga menjadi topik hangat dalam media massa. Kes adik Nurul
Huda Abdul Ghani yang telah meninggal dunia dalam usia 10 tahun. Budak yang
malang itu telah menjadi mangsa rogol dan dibunuh oleh binatang yang betopeng
manusia. . Kes adik Sharlinie dan adik Asmawi yang masih belum ditemui. Kes-kes
tersebut turut diperkatakan dari warung kopi hingga persidangan parlimen.
Kes-kes jenayah kanak-kanak telah menggusarkan ibu bapa yang mempunyai anak
yang seusia dengan kanak-kanak tersebut. Untuk mengelakkan lebih banyak
kanak-kanak menjadi mangsa kepada manusia yang yang kedangkalan kemanusiaan,
pelbagai langkah yang efisien patut dilaksanakan untuk melindungi anak kita
supaya mereka dapat hidup dalam dunia yang aman, harmoni dan bahagia.Senario kononnya hanya orang kaya
perlu berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada supaya anak mereka tidak diculik
untuk mendapatkan wang tebusan bukan lagi fakta. Satu ketika dulu, kebanyakan
kes membabitkan penculikan disasarkan kepada golongan berada tetapi kini ia
sudah berubah.
Penculik kini tidak mengira siapa
dan kedudukan keluarga mangsa berbanding seperti sering digambarkan dalam drama
televisyen, penculik akan mengenal pasti keluarga kaya dan menjejaki anak
mereka dan memulakan operasi selepas pasti keluarga mangsa memang mampu
membayar wang tebusan puluhan atau ratusan ribu ringgit.
Jika dilihat kepada beberapa kes
penculikan akhir-akhir ini, ia nampak lebih cenderung kepada sindiket
pelacuran. Ini menunjukkan penjenayah kini tidak mengira sesiapa. - Akhbar
Satar, Pakar Kriminologi
Lebih merisaukan, jika dulu tujuan penculikan
menyasarkan wang tebusan, kini ia semakin parah. Selain menuntut wang tebusan,
pelbagai kemungkinan boleh berlaku sepanjang mangsa ditawan. Mungkin dirogol,
diserahkan pada sindiket pelacuran atau paling kronik, dibunuh dengan kejam.
Berkali-kali amaran dan nasihat diberikan kepada ibu bapa supaya berhati-hati
dan sentiasa memastikan keselamatan anak mereka tetapi sejauh mana mereka mampu
mengawal, tambahan pula anak yang sedang dalam usia remaja.Oleh itu,jagalah anak-anak anda sebaiknya