Monday 26 March 2012

Penculikan Kanak-kanak

Pada era pascamerdeka ini, kes jenayah dan penculikan kanak-kanak semakin menjadi-jadi sehingga menjadi topik hangat dalam media massa. Kes adik Nurul Huda Abdul Ghani yang telah meninggal dunia dalam usia 10 tahun. Budak yang malang itu telah menjadi mangsa rogol dan dibunuh oleh binatang yang betopeng manusia. . Kes adik Sharlinie dan adik Asmawi yang masih belum ditemui. Kes-kes tersebut turut diperkatakan dari warung kopi hingga persidangan parlimen. Kes-kes jenayah kanak-kanak telah menggusarkan ibu bapa yang mempunyai anak yang seusia dengan kanak-kanak tersebut. Untuk mengelakkan lebih banyak kanak-kanak menjadi mangsa kepada manusia yang yang kedangkalan kemanusiaan, pelbagai langkah yang efisien patut dilaksanakan untuk melindungi anak kita supaya mereka dapat hidup dalam dunia yang aman, harmoni dan bahagia.Senario kononnya hanya orang kaya perlu berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada supaya anak mereka tidak diculik untuk mendapatkan wang tebusan bukan lagi fakta. Satu ketika dulu, kebanyakan kes membabitkan penculikan disasarkan kepada golongan berada tetapi kini ia sudah berubah.
Penculik kini tidak mengira siapa dan kedudukan keluarga mangsa berbanding seperti sering digambarkan dalam drama televisyen, penculik akan mengenal pasti keluarga kaya dan menjejaki anak mereka dan memulakan operasi selepas pasti keluarga mangsa memang mampu membayar wang tebusan puluhan atau ratusan ribu ringgit.
Jika dilihat kepada beberapa kes penculikan akhir-akhir ini, ia nampak lebih cenderung kepada sindiket pelacuran. Ini menunjukkan penjenayah kini tidak mengira sesiapa. - Akhbar Satar, Pakar Kriminologi
Lebih merisaukan, jika dulu tujuan penculikan menyasarkan wang tebusan, kini ia semakin parah. Selain menuntut wang tebusan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku sepanjang mangsa ditawan. Mungkin dirogol, diserahkan pada sindiket pelacuran atau paling kronik, dibunuh dengan kejam.

Berkali-kali amaran dan nasihat diberikan kepada ibu bapa supaya berhati-hati dan sentiasa memastikan keselamatan anak mereka tetapi sejauh mana mereka mampu mengawal, tambahan pula anak yang sedang dalam usia remaja.Oleh itu,jagalah anak-anak anda sebaiknya

Contoh-contoh Kes

Contoh-contoh Kes




Tempat-tempat Kejadian

Tempat-tempat sering berlakunya penculikan:-

  1. Taman permainan
  2. Pasar malam
  3. Kawasan sekolah
  4. Perhentian Bas
  5. Pusat membeli-belah
  6. Kawasan Perumahan
  7. Lorong-lorong sunyi

Kesan-kesan Penculikan

Kesan-kesan Penculikan:-

  1. Kanak-kanak menjadi trauma untuk bergaul dengan orang lain
  2. Kedar jenayah bertambah meningkat
  3. Hilang bakal-bakal pemimpin masa hadapan
  4. Keluarga menjadi tertekan
  5. Kanak-kanak lain berasa takut untuk keluar bermain
  6. Ibu bapa takut untuk membiarkan anak-anak keluar bermain bersama kawan-kawan

Punca-punca Penculikan

Punca-punca berlakunya penculikan:-


  1. Kelalaian ibu bapa tidak mengawasi pergerakan anak-anak
  2. Masalah keluarga
  3. Hasad dengki kepada ahli keluarga
  4. Perasaan anak-anak untuk menerima sesuatu pemberian walaupun dari orang tidak dikenali

Selamatkan Anak Anda

Langkah-langkah mengelakkan anak anda diculik:-



  1. Pesan anak anda supaya tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali
  2. Hantar dan jemput anak anda tepat masanya
  3. Latih mereka dengan seni pertahanan diri
  4. Jangan membiarkan anak anda berjalan berseorang tanpa pengawasan orang dewasa
  5. Ajar anak supaya tidak menerima sesuatu dari orang yang tidak dikenali
  6. Kawal pergaulan dan pergerakan harian mereka
  7. Pastikan anak anda menghafal nombor-nombor penting(kecemasan,ibubapa)